29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

BN sedia letak calon di Nenggiri jika PRK diadakan – Zahid

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) sedia untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan jika diadakan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, jika PRK diadakan, BN akan menjadi calon underdog namun mereka tetap bersedia.

Ini kerana, menurutnya, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan yang diadakan tahun lalu, calon BN iaitu Ab Aziz Yusoff hanya tewas dengan majoriti 810 kepada calon Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim.

“Oleh kerana kekalahan kita hanya lebih sedikit 800, kita fikir bahawa kalau ada pun pilihan raya kecil maka pastinya kawasan ini kita adalah underdog. Namun kita juga harus hormat, perkara ini telah dibawa ke mahkamah,” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Ditanya sama ada BN akan mencalonkan semula Mohd Azizi sebagai calon BN bagi PRK itu kelak memandangkan beliau kini memihak kepada Kerajaan Perpaduan, Ahmad Zahid berkata, perkara itu boleh dirunding.

Advertisements

“Boleh dirundingkan, dan saya fikir pendirian kami ialah di mana-mana tempat yang ada pilihan raya kecil, penyandang itu jika datang daripada parti komponen dalam Kerajaan Madani ini, kita berikan keutamaan,” katanya.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN kosong bermula 19 Jun dan menyatakan keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi pada 13 Jun lepas.

Mohd Azizi hari ini dilaporkan melantik peguam bagi mencabar keputusan Speaker DUN Kelantan berhubung pengosongan kerusi DUN itu, dan peguamnya akan memfailkan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahad ini.

Manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan PRK DUN Nenggiri pada 28 Jun ini.

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan