34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MBM lancar Tabung Kemenangan buat Ziyad sebagai insentif

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan Tabung Kemenangan buat atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai insentif kepada kejayaan beliau di Paralimpik Tokyo 2020.

Ketua Penerangan MBM, Wan Mohd Husni Abdullah berkata, anda (Ziyad) akan tetap diraikan sebagai wira negara walaupun kejayaannya meraih emas dan memecah rekod dunia acara lontar peluru F20 walaupun kemudiannya kemenangannya ditarik balik.

“Untuk itu, MBM melancarkan Tabung Kemenangan Ziyad sebagai insentif kepada kejayaan beliau.

“Kepada penyumbang, boleh terus ke akaun Maybank bernombor 5640 2540 3782 (Tabung Kemanusiaan Majlis Belia Malaysia) dengan rujukan WIRA ZIYAD,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Sehubungan dengan itu, MBM turut mengucapkan terima kasih kepada kem Malaysia yang diketuai Chef de Mission (CDM), Datuk Seri Megat Shariman Zaharudin yang bertungkus lumus melancarkan bantahan kepada penganjur.

“Tahniah kerana anda telah melakukan yang terbaik. MBM tetap berdiri di belakang Ziyad atas segala pengorbanan yang telah dilakukan dalam mengejar aksi di Paralimpik Tokyo 2020.

“MBM bersama seluruh rakyat Keluarga Malaysia amat menghargai penat lelah dan usaha yang ditunjukkan oleh Ziyad dan rakan-rakannya,” katanya.

Pada masa yang sama, Wan Mohd Husni berharapa kerajaan dapat mengiktiraf kemenangan Ziyad tersebut sama seperti kemenangan atlet lain yang menyumbang pingat untuk negara.

 “Ziyad juga berhak menerima insentif yang setimpal daripada pihak kerajaan,” katanya.

Beliau tidak menafikan peraturan dan perundangan sukan membenarkan mana-mana atlet melakukan protes, tetapi di tahap tertinggi seperti Paralimpik, elemen sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia melambangkan betapa rendahnya semangat kesukanan yang ada pada diri anda.

MBM berharap Ziyad Zolkefli kekal tenang walaupun ujian ini berat untuk dipikul – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan