24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

MBM, ICCCM jalin pertukaran akademik, kerjasama pendidikan

MBM sebagai badan induk belia di negara ini mengambil berat dan cakna terutamanya soal kepentingan pendidikan dalam kalangan generasi muda.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Komunikasi Budaya Antarabangsa Malaysia (ICCCM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama dalam bidang kerjasama pendidikan.

MBM diwakili oleh Presidennya, Mohd Izzat Afifi Abd Hamid manakala ICCCM diwakili oleh Pengarag Urusannya, Loo Hui Ann.

MoU bertujuan membangunkan kerjasama dalam bidang akademik dan pendidikan atas dasar kesaksamaan.

Ianya juga adalah usaha bagi menggalakkan hubungan dan persefahaman antara kedua-dua pihak.

Mohd Izzat berharap kerjasama ini bakal memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak selain menawarkan manfaat utama kepada generasi muda khususnya golongan pelajar.

Advertisements

MBM sebagai badan induk belia di negara ini mengambil berat dan cakna terutamanya soal kepentingan pendidikan dalam kalangan generasi muda.

“MBM sendiri mempunyai badan gabungan khusus dalam kategori ‘pendidikan’ iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),” katanya sempena majlis berkenaan di Wisma MBM Cheras Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mohd Izzat berkata, menerusi persefahaman berkenaan juga, MBM dan ICCCM akan bekerjasama dalam pelbagai aktiviti pendidikan tinggi mencakupi program pertukaran pelajar di peringkat sarjana muda atau pasca siswazah, pertukaran maklumat, program pendidikan, latihan, inovasi, penyelidikan serta kerjasama antarabangsa.

Hadir sama menyaksikan majlis MoU ini Setiausaha Agung MBM, Hasnul Haniff Harun; Exco MBM Ahmad Farhan Rosli; Mohd Faiz Suhaimi; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhd Fazreen Ismadi dan Presiden Majlis Belia India Malaysia (MIYC) B. Danesh.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan