27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

MBM gesa dunia bersolidariti sokong perjuangan rakyat Palestin

Mesti Baca

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menggesa masyarakat dunia mengekspresikan secara jelas solidariti, dokongan dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin terhadap konflik yang kian memuncak di antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Agungnya, Hasnul Haniff Harun berkata, dunia perlu mengakui, dasar kezaliman rejim Israel terhadap rakyat Palestin selama lebih 70 tahun menjadi punca konflik ini termasuk ‘Operasi Taufan Al-Aqsa’.

“Penjajahan berterusan, peluasan penempatan haram dan penafian hak kemanusiaan Palestin serta provokasi bersistematik di Al-Aqsa menyebabkan jutaan nyawa rakyat Palestin terkorban.

“Mewakili suara belia Malaysia MBM menggesa campur tangan segera dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

bagi melindungi nyawa orang awam yang tidak berdosa serta memainkan peranan proaktif menghentikan serangan ini.

Advertisements

“Masyarakat dunia perlu memperakui dan mempertahankan hak rakyat Palestin dan kedaulatan tanah air mereka. Rakyat Palestin berhak hidup aman berdasarkan persempadanan yang diiktiraf pra-1967,” katanya dalam satu kenyataan.

MBM berkata, hak kemanusiaan perlu dipertahankan khususnya golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas.

“Kami menggesa pemimpin-pemimpin utama dunia untuk terus memberikan tekanan kepada rejim Zionis melalui perundingan saluran diplomasi PBB serta menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Palestin.

“Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra juga telah menyatakan solidariti bersama Palestin.

“Sehubungan itu, MBM menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum untuk sama-sama bersatu menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin atas dasar kemanusiaan sejagat,” katanya.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan