25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Polis buru suspek curi lima tabung wang derma

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS kini sedang giat memburu suspek lelaki yang disyaki mencuri lima tabung berisi wang derma di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu itu turut tular di media sosial.

“Laporan berhubung kejadian kecurian itu telah dibuat oleh seorang warga tempatan berusia 57 tahun. Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.10 pagi.

Advertisements

“Suspek mencuri lima tabung berisi wang derma dianggarkan sebanyak RM300,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek kini giat dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Hapizee Zulkarnain Md Puzi di talian 012- 7532276 atau 07-3864222,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan