26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 22, 2022

Azhar nafi campur tangan usul kosongkan jawatan Speaker

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – “Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekali pun atau campur tangan dalam apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut.”

Demikian ditegaskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker), Datuk Azhar Azizan Harun berhubung usul yang diterima agar beliau mengosongkan jawatannya.

Azhar berkata, beliau juga tidak tahu menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin telah dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua mengenai usul tersebut.

“Pejabat saya sememangnya menerima pemberitahu usul-usuk untuk saya mengosongkan jawatan saya dan juga supaya invdividu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Sebaik sahaja pejabat saya menerima usul-usul tersebut, saya utusak surat kepada kesemua pengusul bawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul tersebut kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan.

“Apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua, Datuk Mohd Rashid Hasnon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhar mengulas laporan sebuah media yang mendakwa beliau telah mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas dan ditolak.

Baca juga:   Azalina letak jawatan Timbalan Speaker, elak bias

Beliau berkata, laporan itu tidak benar dan beliau menganggap media tersebut berbohong dan menfitnahnya dengan niat untuk menjatuhkan reputasi beliau.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini beberapa media melaporkan terdapat usul daripada ahli-ahli Parlimen agar Azhar mengosongkan jawatannya untuk digantikan dengan individu lain.

Baca juga:   Hilman nafi Azmin ugut tarik sokongan kepada PM

Nama yang disebut-sebut agar menggantikan beliau adalah bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina merupakan salah seorang Ahli Parlimen UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lalu.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Pengerang sebelum itu melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. – Edisi 9

Terkini

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain...

Lagi Artikel Berkaitan