31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes sembuh tertinggi, 20,988 kes baharu COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Negara merekodkan kes sembuh tertinggi dengan 23,473 kes hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 1,506,273 kes.

Kes harian pula kembali melepasi angka 20,000 dengan 20,988 kes termasuk satu kes import.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan pula merekodkan sebanyak 262,540 kes termasuk 1,417 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 783 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 249 kes kematian COVID -19 lagi dilaporkan pada hari ini melibatkan 198 warga Malaysia dan 51 warga asing dengan 80 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes kematian kini mencecah 17,191 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 341 kes (1.6 peratus) daripada kes harian hari ini adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 20,647 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

Menurutnya, secara keseluruhan, 9,860 kes (47.0 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada sejarah vaksinasi, 4,995 kes (23.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 6,133 kes (29.2 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Mengikut pecahan, sebanyak 107 kes kategori lima dengan 81 kes tiada vaksinasi, 63 kes kategori empat dengan 38 kes tiada vaksinasi serta 171 kes kategori tiga dengan 77 kes tiada vaksinasi.

“Sebanyak 10,979 kes kategori dua dengan 5,047 kes tiada vaksinasi serta 9,668 kes kategori satu dengan 4,617 kes tiada vaksinasi,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Tambah beliau, sebanyak 31 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan tinggi.

Terdahulu, Dr. Noor Hisham berkongsi data kes baharu harian menerusi Facebook.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 4,073 kes hari ini.

“Diikuti oleh Sarawak sebanyak 2,992 kes dan Kedah sebanyak 2,455 kes. 

“Sabah pula sebanyak 2,329 kes, Johor (2,145 kes), Pulau Pinang (1,600 kes), Kelantan (1,247 kes), Perak (990 kes), Terengganu (987 kes), dan Kuala Lumpur (731 kes).

“Lain-lain,Pahang (599 kes), Melaka (407 kes) dan Negeri Sembilan (301 kes), Perlis (90 kes), Putrajaya (37 kes) dan Labuan (lima kes),” katanya.

Sehingga kini jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,786,004 kes. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan