31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

MOVAC tumpu 5 negeri vaksinasi masih rendah

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meneruskan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAC) tetapi kini menumpukan kepada lima negeri yang masih rendah kadar vaksinasinya.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau akan mengemukakan permohonan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi mendapatkan bekalan vaksin tambahan dalam masa terdekat.

“MOVAC adalah satu inisiatif saya fikir amat baik dan harus diteruskan. Saya akan berhubung dan mengemukakan permohonan kepada KJ (Khairy Jamaluddin) dalam masa terdekat untuk dapatkan peruntukan vaksin bagi tujuan tersebut,” katanya dalam sidang media pertama selepas dilantik mengemudi kementerian itu.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sehingga semalam, lima negeri yang mencatatkan jumlah vaksinasi paling rendah ialah Sabah, Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Reezal berkata, pihaknya bercadang untuk menggunakan kaedah sama digunakan Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini semasa melaksanakan program vaksinasi bergerak untuk penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Advertisements

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 66,000 dos sudah diberikan kepada komuniti PPR di seluruh negara membabitkan 33,000 individu.

Sebanyak 80,000 dos vaksin Covid-19 diperuntukkan untuk program MOVAC di bawah kementerian itu sebelum ini.

“Program ini kita gerakkan untuk pastikan semua penduduk termasuk penjaja divaksin sepenuhnya. Contohnya di seluruh negara ada 140 PPR… saya nak tahu bagaimana kita boleh katakan ia sebagai PPR yang selamat dan divaksin sepenuhnya.

“Sebab itu kita tukar dari hanya melaporkan dengan memberi harapan agar rakyat merasakan selamat. Kita mahu PPR kita semua disahkan sebagai PPR yang selamat dan bebas (daripada Covid-19),” katanya.

Program MOVAC merupakan inisiatif bersama KPKT dan Kementerian Perpaduan Negara bagi membantu proses pemberian vaksin kepada rakyat terutama masyarakat luar bandar sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi Covid-19 di negara ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan