28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Annuar sedia bertanding PRN  

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menyatakan kesediaan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang sekiranya diberikan peluang.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, belum masih belum menerima tawaran daripada mana-mana parti dan tidak akan bertanding sebagai calon bebas.

“Saya dahulu tak berparti dan sehingga malam ini (tadi). Tetapi saya telah memohon untuk menjadi ahli Pas, belum lagi diluluskan dan masih tunggu.

“Bagaimana saya hendak bertanding dalam PRN sebab parti belum ada. Tapi yang pasti, saya tak akan bertanding sebagai calon Bebas. 

“Kalau ditakdirkan saya diterima menjadi ahli Pas setelah saya tak diperlukan ahli UMNO, saya ok (untuk bertanding), saya reda,” katanya dalam Wacana Sinar 400 bertajuk PRN: Siapa Patut Rakyat Pilih semalam.

Annuar berkata, beliau melihat UMNO sudah lari daripada falsafah mereka kerana bekerjasama dengan DAP dan itu disifatkannya sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Ini perjuangan dalam politik, saya tak boleh ada dalam UMNO yang falsafahnya sekarang melanggar pegangan hidup saya terhadap DAP. 

“Saya tak boleh terima bukan kerana Melayu atau Cina, tetapi kerana ideologi, perlembagaan dan perjuangan mereka,” ujar beliau.

Beliau mempersoalkan bagaimana dia untuk menerima kerjasama individu seperti Tan Sri Lim Kit Siang yang secara terangan menolak Malaysia sebagai sebuah negara Islam di Parlimen.

“Dia mahu Malaysia menjadi negara sekular, saya tak boleh menerima DAP yang masih lagi berpegang kepada konsep Malaysian Malaysia.

“Jadi, apabila UMNO mengangkat DAP sebagai pasukan, saya tak boleh berada dalam perjuangan begitu, ” tegasnya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan