28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MAIS ambil tindakan pihak guna logo, palsu dokumen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN undang-undang akan dikenakan ke atas mana-mana pihak sama ada organisasi atau individu yang mengguna pakai logo Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, tindakan sama juga dilakukan kepada mereka yang memalsukan dokumen melibatkan MAIS untuk tujuan menyalahi undang-undang dan mengelirukan orang ramai.

Menurutnya, perkara itu susulan aduan daripada sebuah syarikat swasta yang melaporkan menerima pesanan pembelian (PO) dan invois yang menggunakan kepala surat rasmi berlogo MAIS bagi tujuan mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan.

“Hasil semakan kedua-dua dokumen ini didapati palsu dan MAIS tidak terlibat dengan projek pembekalan bakul makanan serta tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen untuk projek bantuan yang berkaitan,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, katanya, MAIS kesal dan memandang serius insiden pemalsuan dokumen dengan menggunakan logo MAIS.

“Hasil semakan kedua-dua dokumen ini didapati palsu dan MAIS tidak terlibat dengan projek pembekalan bakul makanan serta tidak pernah melantik mana-mana pihak menjadi ejen untuk projek bantuan yang berkaitan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, MAIS kesal dan memandang serius insiden pemalsuan dokumen dengan menggunakan logo MAIS.

“Jika terdapat perkara yang meragukan, orang awam boleh mendapatkan pengesahan daripada MAIS dan merujuk melalui talian 03-5515 3400 atau emelkan terus ke [email protected],”katanya.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan