32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Segera selesaikan pertikaian undang-undang syariah negeri – MAIS

Mesti Baca

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan penubuhan jawatankuasa khas bagi membuat kajian mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang lslam dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga mencadangkan Kerajaan Persekutuan melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Akta 355 berkaitan dengan bidang kuasa jenayah syariah negeri.

Katanya, MAIS bimbang berhubung gerakan pihak-pihak tertentu yang secara halus cuba untuk menjejaskan kedudukan agama lslam sebagai agama negeri dan agama persekutuan melalui proses litigasi mahkamah.

“lni termasuk mempertikai bidang kuasa negeri dalam menggubal peruntukan undang-undang lslam yang kebanyakannya adalah kelestarian daripada undang-undang yang telah diamal dan dikuatkuasakan di negeri-negeri di Malaysia sebelum pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

“Merujuk kepada kes Nik Elin yang memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019, MAIS menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan dan kuasa Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan perkara berkaitan pentadbiran keadilan.

Advertisements

“Namun, MAIS berpendirian bahawa tindakan segera perlu diambil untuk mengelak pertikaian seperti kes lki Putra dan kes Nik Elin ini berlaku lagi pada masa akan datang kerana pertikaian seperti ini hanya akan menjejaskan kuasa Negeri berhubung dengan agama lslam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hal itu juga seperti mana titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal lslam Malaysia (MKl) sempena Mesyuarat MKI Kali ke-70, baru-baru ini.

“MAIS sentiasa komited untuk memperkasa perundangan lslam di Selangor dan mengharapkan Kerajaan Persekutuan agar membabitkan Majlis Agama lslam Negeri termasuk MAIS untuk bersama-sama dengan jawatankuasa khas yang dibentuk.

“lni adalah untuk memastikan tindakan yang menyeluruh dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berhubung dengan kompetensi badan perundangan negeri dalam menggubal undang-undang lslam demi untuk menjaga kedudukan agama lslam sebagai agama persekutuan dan agama negeri,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan