28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Pertembungan Pas dan BN dalam PRK Kemaman

Mesti Baca

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang ditentang oleh Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor daripada Barisan Nasional (BN).

Pegawai Pengurus Bahagian PRK Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, sehingga tempoh pendaftaran pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi, tiada pencalonan lain yang diterima.

Dr Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mengemukakan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai, Kemaman pada pukul 9.04 pagi.

Beliau diiringi oleh penyandang Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid selaku penyokong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat sebagai pencadang.

Manakala Raja Mohamed Affandi pula mengemukakan borang pada pukul 9.08 pagi diiringi oleh Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selaku penyokong dan bekas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pencadang.

Advertisements

“Setelah meneliti borang-borang yang diterima, tiada pencalonan yang ditolak,” kata Ahmad Farhan yang juga Pegawai Daerah Kemaman.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Pada PRU15, Parlimen Kemaman menyaksikan Che Alias menang majoriti 27,179 undi dengan memperoleh 65,714 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (BN) yang mendapat 38,535 undi.

Dua calon lain ialah Hasuni Sudin mewakili Pakatan Harapan (PH) memperoleh 8,340 undi, manakala Rosli Ab Ghani dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendapat 506 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan