25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Takkanlah nak cakap benda atas katil – Mohammad Agus

Agus-Wahab nafi panggilan video lucah yang tular, dakwa telah disunting

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff mendakwa video perbualannya dengan penolong pegawainya, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani hanya perbualan santai.

Mohammad Agus berkata, perbualan video antara beliau dengan kakitangannya biarpun selepas waktu kerja adalah perkara biasa.

Katanya, beliau sendiri menganggap Abdul Wahab seperti anak sendiri bahkan anak sulung Mohammad Agus juga lebih tua daripada pemuda berusia 33 tahun ini.

“Ya Allah tak akan hendak cakap benda atas katil. Perbualan yang santai, seorang anak dan seorang anak, dia boleh cakap pelbagai mengenai soal kesihatan, keluarga dan kehidupan dia.

“Saya tidak nampak (panggilan video sesuatu yang salah). (Abdul) Wahab ini anak kecil sahaja,” katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel di Bangi, Selangor, malam tadi.

Sebelum ini tular di media sosial yang mirip Mohammad Agus dan seorang lelaki yang berkisar mengenai perbualan lucah menerusi panggilan video.

Advertisements

Sementara itu, Abdul Wahab mendedahkan itu merupakan kali pertama dia merekod perbualan video bersama bekas bosnya.

Beliau yang merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Hulu Langat berkata, video tersebut dirakam bersama audio dan itu membuka jalan untuk individu tidak bertanggungjawab menyuntingnya.

Jelas Abdul Wahab, tindakan merekod video berkenaan juga diarahkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Mr. H yang turut berkhidmat dalam J-KOM.

Bapa kepada empat orang anak itu juga mengakui ketika panggilan video tersebut dilakukan beliau memakai baju sementara Mohammad Agus berada di sebuah hotel.

“Video itu sebenarnya tiada audio. Mungkin, saya tidak pasti. Video itu tanpa suara, betul (video itu asli). Perbualan santai menerusi aplikasi Whatsapp.

“Benda ini buat penganiayaan kepada orang dan saya telah dikambing hitamkan. Itu yang membuatkan saya hadir (ke sidang media),” jelas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan