33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tauliah mengajar agama Ustaz Abdullah Khairi ditarik balik

Mesti Baca

TAULIAH mengajar agama Islam yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada pendakwah, Ustaz Abdullah Khairi, ditarik balik berkuat kuasa pada 27 September lalu.

Perkara itu didedahkan pendakwah berkenaan atau nama penuhnya Abdullah Khairi Haroon, menerusi perkongsian di media sosialnya, hari ini.

“Alhamdulillah! Ala kuli halin…Selangor dah bye bye …!!,” tulis Abdullah Khairi dalam hantaran di media sosialnya.

Dalam hantaran itu, Abdullah Khairi berkongsi surat yang diterimanya daripada MAIS yang memaklumkan perkara terbabit bertarikh 3 Oktober lalu.

Advertisements

Berdasarkan surat itu, penarikan balik tauliah mengajar beliau di Selangor diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS yang bersidang pada 27 September lalu.

Bagaimanapun, surat itu tidak menyatakan alasan tempoh tauliah mengajar beliau yang masih berbaki sehingga 31 Disember 2024 itu, ditarik balik.

Surat itu ada menjelaskan bahawa beliau boleh membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan Jawatankuasa Tauliah MAIS kepada MAIS dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat berkenaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan