27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

4 PATI warga India ditahan di Sungai Golok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EMPAT orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara India termasuk seorang wanita dicekup selepas mereka menyeberang Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, pasukan beroperasi menahan keempat-empat PATI itu kira-kira pukul 11.40 pagi.

“Kejadian tersebut berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

“Hasil pemeriksaan mendapati empat orang awam yang ditahan merupakan warganegara India yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang berumur antara 25 hingga 39 tahun,”menurut kenyataan itu.

Advertisements

Menurut kenyataan itu, dengan penahanan PATI tersebut, pihaknya turut merampas tiga buah telefon bimbit, wang dalam matawang Malaysia, India dan Thailand, empat buah beg galas, dan tiga kad pengenalan warganegara India.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkam sebanyak RM 4,324.48. Seterusnya, PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga.

Katanya, 2 Divisyen akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan