25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Hadi Awang ‘lalang politik’ – Isham Jalil

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil membidas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan umpama lalang politik.

Ia susulan kenyataan Ahli Parlimen Marang itu bahawa PAS dan Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai banyak titik persefahaman dalam usaha menyatukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Haji Hadi ini akan cakap apa sahaja untuk kepentingan politik. Dia ini macam lalang politik. Saya ingat lagi masa Najib PM dia peluk cium Najib dan UMNO. Selepas UMNO tidak lagi berkuasa dia u-turn dan kata UMNO sudah keruh. 

“Tapi bila Muhyiddin dan PN kena dakwa kes rasuah dan skandal Jana Wibawa, dia diam dan tidak kata Muhyiddin keruh pula. Dulu dia gelar Mahathir macam-macam dan suruh Mahathir bertaubat berkenaan pembunuhan Memali,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Isham turut mendakwa, apabila kembali menjadi Perdana Menteri pada 2018, Abdul Hadi mengunjungi Dr Mahathir dan meminta wang ehsan untuk Kelantan dan Terengganu.

Advertisements

“Selepas Mahathir beri wang ehsan, dia janji akan sokong Mahathir jika berlaku undi percaya di Parlimen. 

“Tetapi bila dia jumpa Agong untuk menyatakan sokongan, dia tikam belakang Mahathir dan sokong Muhyiddin pula sebagai Perdana Menteri. Dan bila Muhyiddin jadi PM dia peluk Muhyiddin pula. 

“Sekarang dia peluk dan bodek Mahathir semula sebab pilihanraya nak dekat dan dia mahu guna Mahathir untuk tarik sokongan Melayu Mahathir. Hai Haji Hadi. Muslihat itu bukan semuanya baik, kerap kali penipuan adalah penipuan dan bukan muslihat. Dan lebai tidak baik menipu,” ujarnya. 

Sebelum ini, Edisi 9 melaporkan Abdul Hadi antara pemimpin PAS yang menandatangani Proklamasi Orang Melayu diterajui Dr Mahathir sebagai tanda sokongan ketika bertemu dengan Pengerusi Gerakan Tanah Air itu di rumahnya.

Kata Ahli Parlimen Marang itu, walaupun Dr Mahathir mempunyai perselisihan dalam banyak perkara dengan PAS, namun kedua-dua pihak ada banyak titik persefahaman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan