27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Saya hairan tindak-tanduk Anwar akhir-akhir ini – Tun M

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TUN Dr. Mahathir Mohamad meluahkan rasa hairan dengan tindak-tanduk Datuk Seri Anwar sejak akhir-akhir ini.

Dr. Mahathir merujuk kenyataan Perdana Menteri bahawa ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan beliau mempunyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan tersebut.

 “Konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan dia punyai berpuluh kotak berkenaan tuduhan ini. Kalau sudah ada dedahlah dan cajlah di mahkamah.

“Tetapi tidak. Konon nak suruh pemimpin lama isytihar kekayaan mereka dan bantu rakyat miskin. Anwar adalah satu dari pemimpin lama yang dituduh bantu kroni.

 “Di masa yang sama Anwar kononnya mempunyai maklumat tentang berbilion yang disapu oleh saya dan keluarga saya.

Advertisements

“Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya,” katanya melalui ciapan Twitter pada Isnin.

Dalam pada itu, Dr.Mahathir meminta Anwar sebaliknya perlu menunjukkan bukti di mahkamah jika ada bukti mengenai kekayaan beliau.

“Di mahkamah tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya.

“Dengan itu pengisytiharan tentang kekayaan saya akan diketahui dunia.

“Tak perlu saya isytihar lagi. Tetapi Anwar juga perlu isytihar,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan