27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Ia suara akar umbi UMNO – Isham Jalil

Akar umbi mahu UMNO kembali ke perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu bukannya ikut telunjuk DAP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“IA adalah suara dari akar umbi UMNO bukannya pendirian peribadi seperti dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew,” kata Isham Jalil.

Tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, akar umbi UMNO mahu UMNO kembali ke perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu.

“Bukannya mengikut telunjuk DAP untuk perjuangkan Malaysian Malaysia dan hapus hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Pagi tadi Setiausaha Agong DAP Anthony Loke berkata pandangan saya untuk tidak pergi pilihanraya dengan DAP itu pandangan peribadi saya seorang sahaja, dan dia kata lagi bahawa saya tidak mewakili UMNO.

“YB (Yang Berhormat) Anthony, saya wakil akar umbi UMNO. Jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi UMNO mahu, YB boleh minta kepada kawan-kawan pro-DAP YB dalam UMNO untuk buat referendum.

“Tanya tiga juta akar umbi UMNO sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Jelasnya, ini adalah isu asas perjuangan iaitu sama ada mempertahankan hak orang Melayu, atau menyambut Malaysian Malaysia DAP.

Advertisements

“Dalam isu ini tidak boleh dukung keduanya sebab ia amat bertentangan.

“Bila ada perubahan kepada asas perjuangan perlu ada referendum supaya asas tidak menyimpang dan dengan ini barulah kita tahu pandangan mana yang sebenarnya mewakili parti,” katanya.

Hari ini media melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) hanyalah pendapat peribadi pemimpin parti itu.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan, berkata cadangan daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.

Sebelum ini, Isham dilaporkan berkata, beliau tidak pernah bersetuju bahawa UMNO perlu bertanding di pilihan raya bersama dengan PH.

Sebaliknya beliau hanya bersetuju UMNO bergabung dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan