32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pembaca berita, Raymond Goh meninggal dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBACA berita veteran, Raymond Goh meninggal dunia pada pukul 10.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Raymond atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini selepas hampir dua minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat diserang angin ahmar.

Khabar sedih mengenai kematian Raymond disampaikan oleh isterinya, Faridah Teh menerusi kenyataan hari ini.

“Raymond menghembuskan nafas dengan tenang pagi ini selepas bertarung dengan penyakit angin ahmar,” katanya.

Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di TV3.

Advertisements

Allahyarham berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Menurut Faridah, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar.

“Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, petang ini.

“Sekali lagi kami keluarga Raymond mengucapkan terima kasih atas sokongan daripada keluarga terdekat dan peminatnya semasa waktu-waktu sukar beliau,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan