25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Imam ditembak di luar masjid New Jersey meninggal dunia

Mesti Baca

IMAM Hassan Sharif yang ditembak di luar masjid di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu telah meninggal dunia.

Menurut laporan CNN yang memetik sumber penguatkuasa undang-undang, Hassan menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 2.20 petang.

Hassan pernah berkhidmat sebagai pegawai keselamatan pengangkutan (TSO) di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty sejak 2006, kata kenyataan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan.

“Kami sangat sedih mengetahui pemergiannya dan mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan sekerjanya,” kata TSO.

Pejabat Keselamatan Awam Newark berkata, Hassan ditembak dalam insiden yang berlaku di luar Masjid Muhammad-Newark sekitar jam 6 pagi Rabu.

Advertisements

Menurut pihak polis, susulan tembakan itu, beliau kemudiannya telah dikejarkan ke hospital tempatan dalam keadaan kritikal.

Sekalipun motif insiden itu masih tidak jelas, ia berlaku di tengah-tengah peningkatan laporan ancaman, keganasan dan ucapan kebencian terhadap orang Islam dan Yahudi Amerika sejak permulaan perang Israel-Hamas pada Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, Majlis Hubungan Amerika-Islam cawangan New Jersey menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai jenayah tembakan berkenaan untuk menghubungi polis.

“Kami menasihatkan semua masjid untuk membuka pintu mereka tetapi berhati-hati terutamanya memandangkan peningkatan ketaksuban anti-Islam baru-baru ini,” kata kumpulan itu lagi. – Agensi

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan