24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Najib, Arul Kanda selayaknya dilepas, dibebaskan – Peguam

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASUKAN peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan sebarang pertuduhan tidak sepatutnya dikenakan ke atas anak guam mereka sejak dari mula lagi.

Menerusi kenyataan pasukan peguam yang diketuai Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, keputusan mendakwa Najib telah menimbulkan pelbagai kesulitan dan kesukaran kepadanya selama tempoh lima tahun ini.

Katanya, mengambil kira bukti-bukti yang dikemukakan sewaktu perbicaraan khususnya kenyataan Tan Sri Ambrin Buang yang mana hakim telah menyifatkannya sebagai ‘seorang yang berprinsip dan boleh dipercayai.’

“Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti-bukti yang dapat meyakinkan mahkamah bahawa pertuduhan-pertuduhan ke atas kedua-dua tertuduh adalah wajar dan berasas. 

“Oleh yang demikian, kedua-dua anak guam kami dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy telah selayaknya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ke atas kedua-dua mereka,” katanya hari ini.

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan rayuan yang telah difailkan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap Najib dan Arul Kanda berkaitan tuduhan meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan diri dikenakan tindakan undang-undang.

Advertisements

Ia selepas Mahkamah Rayuan membatalkan dua notis rayuan pendakwaan selepas gagal memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, dalam kes tersebut, jelas bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk meneruskan rayuan tersebut.

Maka oleh sebab itu katanya, petisyen rayuan tidak difailkan. 

“Ini telah kemudiannya menyebabkan Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membatalkan kedua-dua rayuan pendakwaan terhadap keputusan kes Najib dan Arul Kanda.

“Perkara ini sememangnya menunjukkan, khususnya apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan dengan rayuan, bahawa keputusan yang diberikan Hakim Mahkamah Tinggi tersebut sememangnya suatu keputusan yang teguh dan tidak boleh disangsi oleh mana-mana pihak. 

“Ia mengukuhkan lagi bahawa kedua-dua anak guam kami dan Arul Kanda sememangnya tidak bersalah dalam kes ini,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan