Tuesday, July 21, 2026

SPRM dapat perintah halang transaksi RM486 juta berkaitan 1MDB

Ia membabitkan wang simpanan dalam tiga akaun perbankan di Switzerland atas nama Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh perintah bagi menghalang transaksi melibatkan wang berjumlah USD115,320,661.63 (kira-kira RM486.4 juta) yang disimpan dalam tiga akaun perbankan di Switzerland atas nama Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

SPRM dalam kenyataannya berkata, perintah menghalang (restrained)  dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor.

Menurut SPRM, perintah itu dibuat di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) pada pendengaran kes semalam, susulan permohonan difailkan SPRM pada 7 Oktober lalu.

“Permohonan ini berdasarkan maklumat diterima SPRM pada 2011, bahawa Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud telah menerima, memindah dan menggunakan hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui akaun-akaun perbankan miliknya,” kata kenyataan itu hari ini. 

Menerusi perintah tersebut, SPRM berjaya menghalang transaksi melibatkan USD87,148,732.89 dan USD12,777,759.74 dalam dua akaun bank di J.P Morgan dan USD15,394,169 di dalam akaun bank UBS Switzerland. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan