32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Elemen amanah, keyakinan perlu diterap dalam pasukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada jemaah menteri dan penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan yang mantap dengan menerapkan elemen amanah dan keyakinan.

Beliau berkata, elemen ini perlu diterapkan dalam usaha membebaskan segala ketelanjuran yang pernah dan mungkin berlaku.

“Dalam masa sama, saya turut menggesa penjawat awam laksanakan perubahan bagi mengangkat negara ke arah lebih baik.

“Alhamdulillah, setakat ini ada keinginan baik daripada pimpinan atau penjawat awam untuk mengorak langkah dengan lebih pantas dan bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri dalam sesi Perhimpunan Bulanan di Putrajaya.

Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Februari 2023 mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan dalam dewan tertutup.

Ia meninggalkan tradisi majlis perhimpunan itu yang kebiasaannya diadakan kawasan lapang di Dataran Perdana, Perdana Putra sebelum ini selepas pembukaan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran baharu kerajaan yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. – Edisi 9

Baca juga:   PLUS jangka 1.9 juta kenderaan penuhi lebuh raya sempena Maulidur Rasul

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan