25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PM calonkan Mas Ermieyati pengerusi baharu PAC

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dicadang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Cadangan itu dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH) pula dicadang sebagai Naib Pengerusi PAC.

Pencalonan itu dibuat untuk meneruskan amalan sebelum ini, di mana pengerusi PAC dilantik dalam kalangan ahli parlimen pembangkang.

Advertisements

Jika mendapat persetujuan majoriti ahli-ahli parlimen, Mas Ermieyati bakal menjadi ahli parlimen wanita kedua menyandang jawatan tersebut selepas Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).

Jawatan berkenaan disandang Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada PH ketika pentadbiran sebelum ini.

PAC berfungsi untuk memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan