32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Bot nelayan ditahan, miliki alat komunikasi tidak daftar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Kuala Kedah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C kerana memiliki alat komunikasi tidak berdaftar dalam operasi yang dijalankan di barat daya muara Kuala Kedah, Sabtu lalu.

Penahanan itu dibuat menerusi rondaan rutin Op Aman pada jarak sekitar 2.3 batu nautika barat daya muara Kuala Kedah pada jam 7.20 petang.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan berkenaan sedang dalam perjalanan balik ke pangkalan dan didapati memiliki dua alat komunikasi jenis radio Very High Frequency (VHF) yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sehubungan dengan itu, bot bersama seorang tekong dan dua kru masing-masing warga Thailand dan Kemboja itu dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Kes akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana tidak mempunyai surat kebenaran menggunakan alat komunikasi dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, tindakan tegas boleh diambil kepada semua pengusaha bot yang cuba melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Ujarnya, Maritim Malaysia akan terus komited dan menggandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya menjelang musim perayaan aidilfitri tidak lama lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan