27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bot nelayan ditahan, gajikan pekerja warga asing tanpa permit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis kerana didapati menggajikan pekerja warga asing tanpa permit.

Penahanan bot jenis pukat tunda itu dilakukan pada jarak lebih kurang 5.9 batu nautika dari Barat Daya Pulau Beras Basah dalam serbuan dilakukan sekitar jam 2 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, bot nelayan itu dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan ketika anggota penguat kuasa sedang melakukan rondaan rutin Op Aman dan Op Tiris.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, anggota Maritim Negeri Kedah dan Perlis mendapati seorang tekong bersama tiga kru terdiri dua warganegara Thailand dan selebihnya warganegara Kemboja berumur antara 26 hingga 55 tahun berada di atas bot terbabit.

Advertisements

“Hasil siasatan lanjut mendapati bot nelayan tempatan itu telah melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai kebenaran daripada Pengarah Perikanan Malaysia untuk menggajikan pekerja warga asing dan Akta Imigersen 1959/63 iaitu tekong dan kru tidak memiliki permit lawatan kerja sementara.

“Berikutan itu, bot dan kesemua kru ditahan dan dibawa ke Jeti APMM Bukit Malut untuk tindakan lanjut,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, komuniti maritim setempat juga perlu bekerjasama memantau perkara ini dan melaporkan kepada Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999.

“Kerjasama antara Maritim Malaysia dan komuniti perlu dieratkan demi memastikan perairan Negeri Kedah dan Perlis sentiasa aman dan selamat,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan