28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PDRM, MCMC setuju tempat 2 pegawai polis tangani isu 3R

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju menempatkan dua pegawainya di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hasil perbincangan dengan agensi itu bagi memperkasa tindakan penguatkuasaan berhubung isu di media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan royalty (Raja).

MCMC dalam kenyataan, berkata perkara itu dipersetujui menerusi satu pertemuan di antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

“Pertemuan itu bagi membincangkan berkenaan keperluan dalam memperkasa tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan 3R.

Advertisements

“Melalui pertemuan ini, dipersetujui supaya dua pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan ditempatkan di MCMC bagi memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.

“Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JAIS larang premisnya diguna untuk tujuan politik kepartian

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengingatkan bahawa larangan sebarang kegiatan politik di masjid, surau dan sekolah-sekolah di...

Lagi Artikel Berkaitan