Monday, July 20, 2026

Australia haramkan TikTok di semua peranti kerajaan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Australia mengambil langkah beberapa negara barat untuk mengaharamkan penggunaan aplikasi TikTok dalam semua peranti kerajaan atas faktor keselamatan.

Memetik laporan Reuters, larangan itu dibuat kerana terdapat kebimbangan yang semakin serius terhadap kemungkinan kerajaan China boleh menggunakan aplikasi TikTok untuk mengambil data pengguna bagi menyokong agenda politik negara komunis itu.

Peguam Negara Australia, Mark Dreyfus memaklumkam larangan itu berkuat kuasa serta-merta sambil menambah pengecualian hanya diberikan mengikut  kes tertentu serta dengan mematuhi langkah keselamatan ditetapkan.

Sebelum ini, semua negara anggota jaringan perkongsian maklumat perisikan dikenali sebagai Five Eyes, merangkumi Australia, Kanada, Amerika Syarikat (AS), Britain dan New Zealand, sudah menguatkuasakan pengharaman TikTok dalam gajet milik kerajaan.

Semalam, akhbar The Australian melaporkan Perdana Menteri, Anthony Albanese bersetuju menguatkuasakan larangan penggunaan TikTok di seluruh agensi kerajaan.

Keputusan itu dibuat selepas jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri melengkapkan penelitian. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan