29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Poster tular tarikh Hari Raya palsu – JAKIM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pihaknya pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.

Jakim dalam satu kenyataan berkata, umat Islam dinasihatkan untuk menghormati proses penentuan tarikh Hari Raya.

Tambahnya, tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

“JAKIM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan ini. 

“Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” kata kenyataan itu menerusi hantaran Facebook hari ini.

Sebelum ini, sebuah tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting hari keraian Islam pada tahun ini menjadi tular di media sosial.

Logo rasmi Jakim dan nama laman rasmi media sosial Jakim iaitu, MyJakim turut dipaparkan dalam kandungan poster itu. – Edisi 9 

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan