24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Michelle Yeoh wanita Asia pertama menang Oscar

Michelle merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKON kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah paling gemilang dalam kerjaya seninya apabila diiktiraf sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscar 2023) sebentar tadi.

Pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat itu, Michelle merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Michelle, 61, yang anggun dalam persalinan berwarna putih itu tidak lupa mendedikasikan kemenangan paling manisnya itu kepada ibunya, Datin Janet Yeoh yang sentiasa disebut sebagai tulang belakang kejayaan beliau.

“Saya akan membawa pulang trofi ini kepada ibu saya yang sedang menonton (acara Anugerah Akademi) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Kepada semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang seperti saya menonton malam ini, kejayaan ini adalah tunjang harapan dan banyak kemungkinan.

“Ia juga adalah bukti bermimpilah dengan impian yang besar dan mimpi juga menjadi kenyataan,” ujar Michelle dalam ucapannya.

Advertisements

Trofi Pelakon Wanita Terbaik Oscar yang kini dalam genggaman Michelle juga disifatkan melakar satu lagi sejarah baharu dalam industri perfileman antarabangsa.

Ini kerana, Michelle merupakan wanita Asia pertama yang dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Hadir ditemani tunangnya, Jean Todt, kejayaan bintang asal kelahiran di Ipoh itu sekali gus menjadi wanita bukan kulit putih pertama yang memenangi kategori itu selepas selang dua dekad, sejak Halle Berry memenanginya pada tahun 2002.

Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle berdepan dengan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Filem tersebut turut mendominasi Oscars dengan menggondol tujuh anugerah termasuk pengarah terbaik, suntingan terbaik, pelakon pembantu terbaik dan lakon layar terbaik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan