31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Masa awal-awal tiada pemain sanggup sertai JDT – TMJ

Bimbang kemasukan TMJ dalam bola sepak Johor sekadar hobi dan bersifat sementara, mendatang masalah kemudian hari

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

USAHA menyakinkan pemain-pemain tempatan untuk menyertai kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan cabaran terbesar yang terpaksa dilalui Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika baharu mengambil-alih pasukan.

Tunku Ismail berkata, kebanyakan pemain bimbang penyertaannya dalam bola sepak Johor bersifat sementara, lebih kepada hobi yang mungkin mendatangkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

“Daripada 2013, memang saya tidak kenal satu pun pemain dalam Malaysia. Tetapi sejak 2014, saya lebih kenal pemain-pemain.

“Mula-mula tiada orang hendak masuk JDT. Takut ini hobi saya sementara. Tidak bayar gaji ke, ada masalah ke, susah juga. Tidak begitu senang hendak meyakinkan pemain sertai JDT,” katanya menerusi segmen Bekpes Pagi Hot FM hari ini.

Dalam pada itu, TMJ turut berkongsi kejayaan kelabnya dalam merekrut pemain import terbaik setiap musim.

Mengambil contoh, ketibaan pemain lagenda, Pablo Aimar ke Johor Bahru, Tunku Ismail berkata, itu merupakan langkah awal mempromosi dan memperkenalkan kelab di mata dunia.

Bagaimanapun kata TMJ, tahun berikutnya kelab itu lebih berhati-hati dalam merekrut pemain import.

“Saya akan cakap kepada mereka (Martin Prest dan Alistair Edwards) apa kriteria pemain yang saya hendak. Mereka beri opsyen. Selepas beberapa opsyen, skuad peninjau akan terbang ke negara tersebut untuk ikut pemain selama dua minggu.

“Bukan sahaja tengok cara dia main bola, tetapi sikap dan perangai dia boleh ke tidak atau menimbulkan apa-apa masalah dalam pasukan. Faktor-faktor ini adalah mustahak sangat.

“Jadi lepas sudah dapat laporan lengkap, baharulah saya buat pemilihan. Macam contoh, pemilihan pemain tempatan, saya tidak pernah ada peninjau bakat. Saya sendiri yang pilih,” ujar TMJ. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan