32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banyak usaha diperlukan Puteri UMNO – Nooryana

Sekiranya saya parti itu ingin memainkan peranan mengembalikan sokongan anak muda kepada UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BANYAK yang perlu dilakukan sekiranya Puteri UMNO ingin memainkan peranan mengembalikan sokongan anak muda kepada parti tersebut, kata Exco Puteri UMNO Malaysia, Nooryana Najwa Najib.

Anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, Puteri UMNO memerlukan segala idea dan bakat daripada kalangan anggota sayap parti itu dengan penuh komitmen jika mahu mencapai hasrat tersebut.

“Puteri (UMNO) perlukan segala idea dan bakat adik-adik Puteri. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen and the work starts now (usaha itu bermula dari sekarang).

“Insya-Allah Yana tidak akan mengecewakan anda, dan Yana akan sentiasa bersama anda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Nooryana Najwa memenangi jawatan Exco Puteri UMNO selepas kali pertama menceburi politik dengan mendapat undian kedua tertinggi dalam pemilihan sayap UMNO itu pada Sabtu.

FOTO: Facebook Yana Najib

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Siti Sokhleha Nordin yang memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO dan Naib Ketua Puteri UMNO.

“Mari kita bekerja bersama untuk membina masa depan yang lebih baik untuk parti tersayang kita,” katanya anak sulung Najib dengan Datin Seri Rosmah Mansor itu.

Advertisements

Dalam pemilihan yang sama, Nooryana Najwa turut memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai.

“Alhamdulillah, kempen Yana berjalan lancar dengan sokongan yang kukuh, dan kepercayaan yang dikongsikan oleh anda semua.

“Yana menerima segala nasihat dan kongsian dengan hati yang terbuka, terutamanya kepada kakak yang menjawab WhatsApp Yana lewat malam – sentiasa memberi sokongan supaya Yana terus melangkah ke hadapan.

Menurutnya, semua itu akan memberi motivasi dan tekad kepada beliau untuk terus bekerja dengan lebih keras dan komited.

“Yana bangga menjadi sebahagian daripada komuniti yang menghargai semangat perjuangan. Penyertaan anda dalam kempen telah mempersembahkan nilai-nilai kebersamaan dan komitmen untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk negara kita,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan