33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

‘See u in court a**hole’, kata Akmal kepada Tony Pua

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mencabar Tony Pua untuk bertemu di mahkamah susulan tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP itu menyindir keputusan Lembaga Pengampunan berhubung kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akmal berkata, Pemuda UMNO akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Pua berhubung sindirannya yang dianggap biadab dan mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Insya-Allah laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan seluruh negara oleh Pemuda UMNO atas kebiadapan dia mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh YDP Agong

See u in court a**hole,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Hantaran Akmal Saleh menerusi Facebooknya hari ini.

Semalam, Pua dengan nada sinis menyindir keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berhubung pembebasan Najib.

Menerusi Facebooknya itu, Pua dilihat menzahirkan rasa tidak puas hatinya menerusi sebaris ayat.

“Bolehkah seseorang menghantar saya ke penjara selama setahun dan sebagai pertukaran, membayar saya RM50 juta, tolong cantik?” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi pula mendesak Pua untuk memohon maaf secara terbuka atas kenyataan tersebut.

Advertisements

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan pucuk pimpinan atasan DAP untuk sentiasa menjaga ahli-ahli parti masing-masing daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi.

Selain itu, kata beliau, mereka juga perlu menghormati sepenuhnya jalinan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan persendirian milik Tony Pua yang dimuat naik di laman Facebook tempoh hari mengundang pelbagai reaksi sekaligus mempamerkan kebiadaban ahli DAP tersebut terhadap keputusan YDPA ke-16 itu sememangnya tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Beberapa kenyataan Tony Pua menerusi Facebook mencetuskan kontroversi. – Sumber: FB Akmal Saleh

Semalam, Najib yang juga Perdana Menteri Keenam dipersetujui dibebaskan pada 23 Ogos 2028 manakala bayaran dendanya pula dikurangkan kepada RM50 juta.

Keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Ke-61 yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 29 Januari lalu.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, ia susulan keputusan mesyuarat yang mengurangkan hukuman 50 peratus ke atas Najib.

Bagaimanapun, jika Najib gagal membayar denda tersebut, tempoh penjara terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan ditambah selama setahun, iaitu tarikh pembebasannya pada 23 Ogos 2029.

Najib sebelum ini menghadapi hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan