29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UMNO Terengganu sokong segala usaha Zahid bela Najib

Mesti Baca

BADAN Perhubungan UMNO Negeri Terengganu akan menyokong segala usaha yang dilakukan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan pembelaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sesuai dengan laras undang-undang.

Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, ia selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan terhadap bekas Perdana Menteri itu diteruskan.

Beliau berkata, UMNO Terengganu menjunjung kasih keputusan dan hak mutlak yang telah diambil mengenai permohonan pengampunan Najib oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

“UMNO Perhubungan Negeri Terengganu ingin mengajak ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk bersabar dan berdoa untuk kesejahteraan Datuk Seri Mohd Najib.

Advertisements

“UMNO Perhubungan Negeri Terengganu sentiasa berdiri teguh dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden parti,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kelmarin, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani Najib sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Najib turut perlu membayar denda yang dikurangkan kepada RM50 juta.

Bagaimanapun, jika Najib gagal membayar denda tersebut, tempoh penjara terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan ditambah selama setahun, iaitu tarikh pembebasannya pada 23 Ogos 2029. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan