Wednesday, July 22, 2026

Hujan sangat lebat tahap bahaya di 4 negeri hingga esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga esok (Khamis) .

MetMalaysia memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Bera, Pekan dan Rompin manakala tahap buruk di kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan sehingga 2 Mac ini.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap wasapada dijangka berlaku di Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya manakala di Perak membabitkan lokasi Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu, di Pahang pula meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub manakala Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga hari ini. 

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu katanya, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan