30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Daftar, kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah mulai hari ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TARIKH pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dibuka selama sebulan mulai hari ini sehingga 31 Mac ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing- masing.

Selain itu menurut beliau, langkah itu membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

“STR pada tahun ini akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8.0 bilion.

“Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Anwar yang juga Menteri Kewangan, bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan di samping data daripada beberapa agensi untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Menurutnya, Kementerian Kewangan juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://dbantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan