24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hujan lebat dijangka berterusan hingga Isnin – Armizan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEADAAN cuaca buruk seperti hujan lebat dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengarahkan semua negeri dan daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’ banjir supaya bersedia menghadapi beberapa episod luruan monsun timur laut.

Menurutnya, pihaknya sudah meminta agar semua bilik gerakan bencana diaktifkan di kawasan hotspot terlibat yang akan diselaras oleh pegawai-pegawai daerah.

“Jadi fokus kita sekarang yang paling penting untuk memastikan kita dapat menyelaraskan semua agensi yang terlibat berdasarkan arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita gabungkan semua ‘resource’ yang ada merentasi ‘across the board’ semua agensi ini.

“Kedua untuk memastikan bahawa masyarakat sekitar ini mendapat maklumat yang penting dan sekiranya hujan berterusan dan agensi keselamatan mengarahkan penduduk untuk berpindah. Kita berharap agar masyarakat tidak bertangguh dan sentiasa mematuhi arahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Komuniti Kampung Tasek di Segamat, Johor.

Ujar Armizan lagi, pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi persekutuan dan peringkat negeri selain pihak badan bukan kerajaan, agar semua bantuan dapat diselaras sebaiknya di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah dan negeri.

Advertisements

“Pada masa ini fokus utama adalah di tiga negeri yang sedang dilanda banjir, iaitu Johor, Sabah dan Pahang.

Setakat 2.00 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 4,207 orang melibatkan 1,164 keluarga yang ditempatkan di 45 PPS di Segamat, Muar, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan