25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pengampunan Najib: Amanah serah keputusan kepada Agong

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PARTI Amanah Negara (Amanah) menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berhubung pengampunan diraja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Seri Mohammad Sabu berkata, kenyataan daripada mana-mana ahlinya tidak mewakili suara parti namun mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan masinf-masing.

“Dalam kes yang melibatkan Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong. Maka semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong. 

“Walaubagaimanapun, semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan perlu memberi fokus kepada khidmat kepada rakyat sebagaimana yang diamanahkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, setiap ahli dalam parti politik memberi pandangan sendiri seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan ianya satu kebiasaan namun mereka masih terikat dengan keputusan parti.

Advertisements

“Namun dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti melainkan ianya adalah keputusan rasmi parti tersebut yang diputuskan dalam mesyuarat parti.

“Amanah, PKR atau DAP yang bergabung di dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tertakluk kepada keputusan Pakatan Harapan yang perlu diutamakan jika bercanggah dengan keputusan parti. 

“Begitu juga dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini, keputusan di peringkat gabungan kerajaan Perpaduan mengatasi keputusan parti-parti atau pakatan politik masing-masing dan ianya perlu diutamakan,” jelasnya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad merayu kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan serta dibebaskan dari penjara.

Kata Khalid, hanya dengan cara itu sahaja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan