28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Gerak kerja, strategi menangi kerusi jadi tumpuan utama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GERAK kerja dan strategi untuk memenangi kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) diberi tumpuan utama berbanding pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan pembahagian kerusi itu hanya diputuskan di peringkat pusat blok BN dan PH.

“Ketika ini, pembahagian kerusi itu memang kita belum buat lagi kerana saya dah bagitahu tempoh hari biar kita buat gerak kerja dahulu dan ia akan ditentukan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan di enam negeri berkenaan.

“Bagaimanapun, proses rundingan kerusi sedang berjalan di peringkat negeri-negeri terlibat.

“Kalau kita cerita pasal kerusi nanti memang akan masalah, kerusi ini nanti kita buat pembahagian selepas DUN dibubarkan.

“Kalau sekarang bercakap soal kerusi, memang masing-masing tidak mahu beralah, lama-lama kita akan bergaduh sesama sendiri, tidak guna.. jangan cerita tentang kerusi dulu tetapi fikirkan bagaimana kita nak menang dibawah Kerajaan Perpaduan,”katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman keluarganya di Kampung Tanjong, Rantau hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Speaker Dewan Undangan Negeri(DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

Advertisements

Dalam pada itu, Mohamad turut menegaskan, pihaknya tidak mengizinkan perundingan dibuat secara individual kerana perundingan itu adalah antara BN dan PH, bukan BN dengan Parti Amanah, atau UMNO dengan PKR.

“Rundingan kerusi antara dua parti iaitu Blok BN dan PH,”katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, hubungan BN dan PH tidak terjejas susulan kenyataan yang disifatkan ‘loose cannon’ iaitu merujuk kepada isu dibangkitkan oleh Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad supaya Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujarnya, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar bagi menjaga keharmonian rakan komponen dalam parti.

“Setiap dalam satu parti itu memang ada ‘loose cannon’…tetapi statement itu tidak sepatutnya keluar.

“Kalau kita nak menjagakan keharmonian kita tidak bercakap seperti itu yang boleh memberikan kesan negatif kepada rakan-rakan kita,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan