30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Majlis rumah terbuka Tok Mat meriah, TPM turut hadir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMERIAHAN Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dihadiri barisan pimpinan tertinggi kerajaan.

Antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang meluangkan masa hadir memeriahkan suasana dan berjumpa dengan rakyat.

Ahmad Zahid tiba di majlis yang diadakan di Kampung Tanjung, Rantau itu kira-kira pukul 10.15 pagi.

Kehadiran beliau disambut oleh Ahli Parlimen Rembau tersebut dan isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.

Secara keseluruhannya lebih 30,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka tersebut yang bermula jam 10 pagi.

Advertisements
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut hadir memeriahkan majlis.

Turut kelihatan hadir termasuklah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar, pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pertahanan, kepemimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO di peringkat Pusat dan negeri.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, beliau berterima kasih kepada semua yang hadir ke majlis tersebut selepas hampir tiga tahun ia tidak diadakan ekoran pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Apapun, saya bersyukur ramai yang hadir, terima kasih juga sanak saudara, rakan-rakan dan orang kampung yang datang membantu menjayakan jamuan hari raya ini.

“Semuanya kami masak bersama-sama. Menunya hari ini memang istimewa, selain rendang, pajeri nanas, gulai tulang juga ada gulai perut lembu dan rebung,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan