27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga Isnin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HUJAN lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi kenyataan berkata, sembilan kawasan terlibat di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Katanya, terdapat lima kawasan yang berisiko dilanda hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

“Hujan lebat berterusan tahap buruk juga dijangka berlaku di Hulu Perak (Perak), Gua Musang (Kelantan), Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu).

Advertisements

“Selain itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang sehingga Isnin ini,” katanya hari ini.

Untuk rekod, amaran hujan berterusan tahap bahaya dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah melebihi 150 milimiter (mm) dalam tempoh 24 jam.

Tahap buruk pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam.

Sementara tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan