32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Banjir: 141 mangsa di Johor, Perak pula buka PPS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEADAAN banjir di Johor dijangka akan pulih sepenuhnya dalam waktu terdekat apabila setakat pukul 8 pagi tadi, hanya tinggal seramai 141 mangsa masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir terkini itu terdiri daripada sejumlah 37 buah keluarga.

“Hanya daerah Batu Pahat kekal terjejas ketika ini dengan seramai 141 mangsa yang masih ditempatkan di dua PPS di daerah berkenaan ketika ini.

“Dua PPS yang masih beroperasi itu adalah PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Perak pula muncul sebagai negeri terbaharu merekodkan mangsa banjir malam tadi.

Difahamkan, seramai 179 mangsa daripada 47 keluarga dipindahkan ke empat PPS di daerah Larut, Matang dan Selama akibat banjir di beberapa kawasan.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan 79 mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5, Taiping yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Relong malam tadi dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jana disebabkan kapasiti yang ramai.

Baca juga:   UMNO tidak akan berpecah sebab Tajuddin - Ahmad Maslan

“Selain itu, 42 mangsa dari Taman Mawar 2 dan Kampung Jelapang Jaya di Bukit Gantang dipindahkan ke PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Simpang.

“PPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Bukit Gantang bagi menempatkan 12 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan terdapat 46 mangsa pula dipindahkan ke PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt selepas rumah penduduk kawasan itu dinaiki air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   BN cadang nama Hasni calon tunggal MB

Beliau berkata tiada jalan terputus dan cuaca semasa di lokasi terjejas adalah baik ketika ini.

Katanya sehingga kini pelbagai agensi dan pasukan penyelamat meneruskan pemantauan di lokasi terlibat dan PPS, bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan