PERJUANGAN jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di kejohanan terbuka Switzerland 2023 terhenti setelah tewas kepada pemain Jepun, Koki Watanabe.
Zii Jia yang beraksi selaku pilihan kedua kejohanan tidak dapat menjelmakan prestasi terbaik setelah mudah ditundukkan Watanabe 11-21, 14-21 dalam tempoh hanya selama 26 minit.
Watanabe akan menentang pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen di pentas akhir bagi merebut kejuaraan terbuka Switzerland 2023 yang dijadualkan berlangsung malam ini.
Untuk rekod, juara All-England 2021 itu turut tewas di peringkat Separuh Akhir All-England 2023 minggu lalu. – EDISI9

