32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Kilang proses serbuk cat terbakar, musnah 40 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kilang memproses serbuk cat di Jalan 13/3, Seksyen 13, Petaling Jaya hangus dalam kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.42 pagi.

Menurutnya, seramai 29 anggota bersama 12 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Penchala, BBP Puchong, BBP Subang, BBP Kota Anggerik dan BBP Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba dilokasi, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses serbuk cat yang juga bangunan kelas A berkeluasan 200×400 kaki persegi terbakar dan melibatkan kemusnahan sebanyak 40 peratus.

“Proses pemadaman kini sedang dijalankan oleh pihak bomba dan tiada mangsa terbabit sehingga jam 5.20 pagi tadi,” katanya, dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Kemas lahirkan 493 graduan sijil kemahiran tahun ini

Katanya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8.11 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan oleh pihak bomba.

“Pihak bomba dan penyelamat tidak mengesan berlakunya tumpahan bahan kimia atau bahan berbahaya yang lain di tempat kebakaran,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan