31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Proton X50 rempuh kedai, dua cedera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang wanita merempuh masuk sebuah kedai di Jalan Bandar Timah, Ipoh, Perak, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, pemandu berusia lingkungan 50-an yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta mengalami lebam di dahi.

Kejadian turut mengakibatkan penumpang SUV, seorang warga emas luka di muka.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, ketika kejadian, mangsa bersama empat ahli keluarga lain meletakkan kenderaan di situ untuk keluar makan.

“Setelah semua penumpang turun, wanita terbabit tidak sengaja tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan jenis Proton X50 itu naik ke atas pembahagi kaki lima deretan kedai di situ.

“SUV itu kemudiannya melanggar masuk ke sebuah kedai makan. Kebetulan premis terbabit tidak menjalankan perniagaan ketika kejadian,” katanya malam tadi.

Beliau berkata, akibat kejadian, SUV terlibat mengalami beberapa kerosakan di bahagian depan termasuk cermin pecah.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, wanita itu bersama keluarganya datang dari Selangor untuk bercuti di Ipoh.

“Pemilik kedai telah dimaklumkan akan kejadian itu,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan