25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Muat naik status kematian abang ipar sebelum maut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPASANG suami isteri maut, manakala anak lelaki mereka cedera parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer (KM) 46, Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu, Terengganu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.17 tengah hari itu, melibatkan sebuah lori, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Proton Exora dan Toyota Wish, sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara serta Perodua Axia.

Difahamkan, suami isteri yang maut dalam nahas lima kenderaan baru pulang dari menghadiri urusan kematian seorang ahli keluarga di Besut.

Ketika kejadian mangsa, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42; bersama seorang anak yang terselamat dalam nahas itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang.

Sebelum kejadian, mangsa, Habsah sempat memuat naik yang juga status terakhir dengan meluahkan perasaan sedih selepas kehilangan abang iparnya di Facebook.

“Pergimu di hari dan bulan yang terbaik.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yg (yang) beriman… salam takziah buat keluarga kakak ipar… tiada lagi gurau senda… senyum tawa.. abg (abang) Gie sentiasa dlm (dalam) kenangan kami… dia selalu akan tunggu kami kalau ke Besut… ya Allah semoga syurgamu untk (untuk) abang ipar ku.. aamiin,” katanya menerusi di Facebook.

Status yang sempat dimuat naik oleh mangsa kemalangan maut. FOTO: Facebook Suriani Ismail Sue

Difahamkan, pasangan terbabit hanya membawa anak lelaki ke Besut, manakala anak sulung dan kedua mereka tidak mengikut sama.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin dilaporkan berkata, mangsa, pasangan suami isteri yang menaiki Proton Exora meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

“Anak lelaki mereka iaitu Muhammad Daniel Dzulkarnain, 13, yang mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dikejarkan ke Hospital Setiu.

“Seramai 13 individu termasuk pemandu dan penumpang kenderaan lain yang terlibat nahas itu terselamat termasuk lima kanak-kanak berusia 2 bulan hingga 13 tahun yang berada di dalam sebuah Toyota Wish,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan