Tuesday, July 21, 2026

Sepanyol cemerlang atasi Norway 3-0

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEPANYOL memulakan saingan kelayakan Euro 2024 dengan cemerlang menundukkan Norway jaringan 3-0 di Malaga, pada awal pagi tadi.

Dani Olmo membuka tirai gol buat skuad The La Roja di minit ke-13.

Pemain gantian, Joselu yang melakukan penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan di usia 32 tahun menjadi wira buat Juara edisi 2008 dan 2012 itu menerusi dua jaringan pada minit ke-84 dan 85.

Jentera serangan Norway gagal memecah benteng pertahanan Sepanyol setelah beraksi tanpa penyerang berbisa, Erling Haaland yang ditimpa kecederaan.

Kemenangan ini menjadi berharga buat Luis de la Fuente dalam aksi pertamanya sebagai pengendali skuad tersebut. 

Sepanyol dijadualkan akan beraksi menentang Scotland dalam perlawanan seterusnya di kumpulan A kelayakan Euro 2024. – EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan