24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Polis tangkap 3 warga asing terlibat Love Scam di Genting

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menangkap tiga warga asing termasuk seorang wanita dipercayai terlibat penipuan Love Scam dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Genting Highlands, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata, serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Menurutnya, ketika serbuan semua suspek berusia 32 hingga 37 tahun itu juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Pihak polis merampas tiga komputer riba, tujuh telefon bimbit, sebuah komputer tablet dan router wifi,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1956/63.

Advertisements

Menurut beliau, sindiket tersebut menyasarkan golongan wanita yang aktif dalam laman sosial seperti Facebook, Telegram serta aplikasi sosial ‘dating’.

“Orang awam dinasihatkan lebih berhati-hati dan berwaspada dengan corak jenayah komersil yang semakin berleluasa khususnya jenayah penipuan Love Scam,” katanya.

Beliau juga menasihati orang awam boleh menyalurkan maklumat tentang aktiviti tidak bermoral seperti jenayah atau dadah yang mencurigakan sekitar kawasan kediaman dengan menghubungi pihak polis di talian 09-222 2222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan