25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jawatankuasa Khas teliti gangguan seksual, buli di institusi KPM

Jawatankuasa itu diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA khas ditubuhkan bagi mendapatkan solusi terbaik dalam menangani kes berkenaan gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, petang semalam beliau telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Khas bagi meneliti dan menambah baik prosedur pengendalian kes gangguan seksual dan buli berkenaan.

Menurutnya, jawatankuasa khas tersebut dianggotai oleh lapan individu yang berpengalaman luas dan mempunyai latar belakang profesion berbeza.

“Antaranya mantan pegawai kanan kerajaan, pensyarah, kaunselor, pegawai undang-undang serta wakil badan bukan kerajaan (NGO). Terima kasih atas kesediaan anda untuk bersama-sama membantu KPM.

“Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dilantik sebagai Pengerusi untuk menerajui jawatankuasa khas ini.

“Ahli yang lain adalah Datuk Sutinah Sultan, Datuk Sulaiman Wak, Prof Datin Mariani Md Nor, Lt. Kol Bersekutu (PA) Aminuddin Awang, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Prof Madya (Kehormat) Datuk Dr. Sundramoorthy dan ACP Siti Kamsiah Hassan,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Radzi turut meletakkan keyakinan dan kepercayaan dengan pengalaman dan kepakaran ahli-ahli jawatankuasa khas berkenaan akan dapat membantu KPM meneliti secara mendalam dan seterusnya mengesyorkan pelan tindakan bersesuaian yang boleh diambil bagi menangani kes gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM.

“KPM komited melakukan yang terbaik,” kongsinya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan