31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bomba bawa turun mayat pendaki dari Banjaran Titiwangsa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN penyelamat berjaya membawa turun mayat seorang pendaki gunung warga emas yang meninggal dunia semalam di puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak memaklumkan, operasi tersebut dibantu helikopter Unit Udara JBPM.

Menurutnya, helikopter bersama tujuh anggota penyelamat itu berlepas dari padang kem Pasukan Gerak Am Ulu Kinta pukul 9.22 pagi.

“Mangsa berjaya diturunkan dengan menggunakan helikopter JBPM pada pukul 1.30 petang tadi. Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.

Semalam, polis menerima laporan kejadian daripada rakan-rakan pendaki yang turun ke kaki gunung bagi melaporkan insiden tersebut di Balai Polis Tanjung Rambutan.

Difahamkan mangsa meninggal dunia sekitar pukul 5 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berketurunan Cina berusia 66 tahun menyertai ekspedisi itu bersama 10 pendaki termasuk tiga wanita.

Advertisements

Menurut beliau, lokasi kejadian mengambil masa lapan jam pendakian dari kaki Gunung Korbu berdekatan Loji Rawatan Air Ulu Kinta, dekat Ipoh.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mencari dan Menyelamat Malaysia (MOSARS) Muzafar Mohamad dalam perkongsiannya di group Facebook, mendiang, mangsa Yong Belar telah selamat tiba dengan bantuan pasukan penyelamat.

Bagaimanapun menurutnya, pasukan penyelamat terpaksa turun mengikut jalan darat berjalan kaki enam hingga ke tujuh jam ke arah Lojing.

“Man Pahang dan Zerol Zali akan masuk membantu jalan keluar bagi pihak bomba. Helikopter tidak dapat membuat trip (perjalanan) kali kedua atas faktor-faktor keselamatan.

“Semoga kita semua warga pendaki sentiasa menghargai pengorbanan pihak keselamatan dan sukarelawan yang membantu.

“Saya akan terus memantau pergerakkan keluar hero-hero kita sehingga selesai,” kongsinya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan